IPD JB Selatan - December 2005
Saya menggantikan rakan saya Franco untuk menjaga semua Balai Polis dalam Johor.
Setiap tahun Franco akan cuti sebulan kerana balik ke Sabah menyambut Hari Gawai.
Balai Polis JB Selatan adalah Balai Polis paling sibuk pernah saya kunjungi. Walaupun ada sistem nombor giliran ketika itu, ia tetap penuh sesak sepanjang masa.
Telahan saya dikuatkan lagi apabila saya menerima panggilan komputer rosak dari pejabat IO Jenayah IPD JB Selatan. Diatas meja IO JB Selatan, ada jari putus dalam plastik, ada pistol dan fail yang berterabut atas meja.
Saya sudah menjelajah semua IPD dan Balai Polis seluruh KL, Selangor, N9 dan Melaka tidak pernah saya jumpa IPD sesibuk ini.
IP Jenayahnya juga antara yang tertinggi di Malaysia.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home