IPD Muar - Sekitar 2005
Semasa saya mula sampai disini salah satu bilik dalam bangunan lama IPD Muar baru sahaja terbakar. Peluang menanti pengadu balik untuk masuk kebilik digunakan saya untuk berbual dengan para pejuang Negara di Kaunter EO.
Rata-rata anggota yang saya jumpa amat menyayangi Tan Sri Rahim Noor. Jika menurut cerita, 20 tahun Tun Hanif Omar menjadi IGP meminta kenaikan gaji tapi tidak dibenarkan Tun Dr Mahathir.
Tan Sri Rahim Noor sedar akan ketegasan Mahathir.
Tetapi gaji anggota beliau yang waktu itu paling rendah RM 300++ sahaja untuk Prebet meresahkan beliau.
Tan Sri Rahim Noor akhirnya bertindak bijak dengan mengeluarkan arahan setiap anggota Polis berpangkat Prebet dinaikkan pangkat automatik ke Lans Koperal yang menikmati gaji dan elaun antara RM 500-800.
Inilah sebabnya ramai anggota sayangkan beliau walaupun polis penyokong mata lebam sekalipun.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home