Thursday, 27 November 2014

IPK KL

IPK KL ini ada saga between Tgkt 9 dengan Tkgt 10/11 yang mana keduanya IT.

Lif IPK KL menggerunkan kerana saya sendiri sekali terperangkap dalam lif.

Pengalaman semasa di Bahagian Narkotik semasa memperbaiki komputer, tiba-tiba heboh satu IPK kehilangan barang bukti bernilai ratusan ribu.

Hari yang sama saya ada company dinnner. Nasib baik dapat balik.

IT yang masih saya ingat Kannan.

IPK Melaka

Di sini IT nya amat baik. Kepalanya seorang ASP/DSP Cina samanda Madam Chong atau Lee sebab saya selalu tertukar dengan IPK KL yang juga dikelepai perempuan.

Banyak pengalaman disini.

IPD Selama

Pengalaman di sini kurang berkaitan polis. Kerana saya ke sini dua kali sahaja.

Tapi tahukan anda Selama Perak dan Selama Kedah dipisahkan oleh Jambatan kecil panjang kira-kira 25 kaki sahaja.

Balai Polis Lenggeng

3 kali saya jelajah Negeri Sembilan untuk rutin PM.

Saya kira terkenal jugalah di Negeri Sembilan sebab 3 kali. Di IPD, L/K Ghafaar dengan koleksi terkininya serta skooternya tetap diingati.

Banyak anggota yang baik-baik saya lupa nama.

Di Lenggeng walaupun lebih 10 kali di Balai ini, ada juga kenangan buruk kerana dihalau keluar dari Bilik KPB sedang menyelenggara Komputer beliau.

Saya dengan muka ketat pergi dan teruskan perjalanan ke Balai Broga.

Kemudian mendapat panggilan dari Bukit Aman untuk pergi semula kerana anggota tersebut tidak dapat maklumat dari semboyan.

Balai Polis Kajang

Dekat dengan EO ini adalah Lokap. Antara lokap paling ngeri pernah saya lalu.

Busuknya ya amat.

Begitulah anggota polis berkorban jiwa raga masa dan keselesaan demi kita.

IPD Dang Wangi

IPD ini menang unik. Kerana Balai Polisnya terletak di Sogo IPD nya dihadapan Stadium Merdeka sebelah Balai Polis Tun HS Lee.

IPD ini mempunyai kekuatan anggota Kelantan.

Saya berjumpa dengan seorang AIO yang sudah 25 tahun berkhidmat di situ tapi kecek Kelatenya sangat sangat pekat seperti baru semalam datang ke KL.

Beliau memberitahu lebih separuh anggota IPD Dang Wangi orang Kelantan sebab itu hari-hari beliau macam di Kelantan.


IPD Kuala Pilah

Bangunan lamanya memang antik. Daru Blok Jenayah dibelakang naik keatas melintasi pejabat KPD/OCPD boleh turun ke EO.

Anggota IT nya sangat baik iaiatu Koperal Hadi yang menghadiahkan saya pisau dari China.

Kakak kerani J juga baik dikenali Kak Ina dan lain-lain anggota J juga baik-baik.

Cuma bahagian Nakotik yang terletak di stadium/padang berdekatan agak sombong kerana pegawai muda baru berkelulusan ijazah.

Saya rindukan mereka khususnya Kak Ina, Koperal Hadi dan juga beberapa anggota J.