Thursday, 27 November 2014

IPK KL

IPK KL ini ada saga between Tgkt 9 dengan Tkgt 10/11 yang mana keduanya IT.

Lif IPK KL menggerunkan kerana saya sendiri sekali terperangkap dalam lif.

Pengalaman semasa di Bahagian Narkotik semasa memperbaiki komputer, tiba-tiba heboh satu IPK kehilangan barang bukti bernilai ratusan ribu.

Hari yang sama saya ada company dinnner. Nasib baik dapat balik.

IT yang masih saya ingat Kannan.

IPK Melaka

Di sini IT nya amat baik. Kepalanya seorang ASP/DSP Cina samanda Madam Chong atau Lee sebab saya selalu tertukar dengan IPK KL yang juga dikelepai perempuan.

Banyak pengalaman disini.

IPD Selama

Pengalaman di sini kurang berkaitan polis. Kerana saya ke sini dua kali sahaja.

Tapi tahukan anda Selama Perak dan Selama Kedah dipisahkan oleh Jambatan kecil panjang kira-kira 25 kaki sahaja.

Balai Polis Lenggeng

3 kali saya jelajah Negeri Sembilan untuk rutin PM.

Saya kira terkenal jugalah di Negeri Sembilan sebab 3 kali. Di IPD, L/K Ghafaar dengan koleksi terkininya serta skooternya tetap diingati.

Banyak anggota yang baik-baik saya lupa nama.

Di Lenggeng walaupun lebih 10 kali di Balai ini, ada juga kenangan buruk kerana dihalau keluar dari Bilik KPB sedang menyelenggara Komputer beliau.

Saya dengan muka ketat pergi dan teruskan perjalanan ke Balai Broga.

Kemudian mendapat panggilan dari Bukit Aman untuk pergi semula kerana anggota tersebut tidak dapat maklumat dari semboyan.

Balai Polis Kajang

Dekat dengan EO ini adalah Lokap. Antara lokap paling ngeri pernah saya lalu.

Busuknya ya amat.

Begitulah anggota polis berkorban jiwa raga masa dan keselesaan demi kita.

IPD Dang Wangi

IPD ini menang unik. Kerana Balai Polisnya terletak di Sogo IPD nya dihadapan Stadium Merdeka sebelah Balai Polis Tun HS Lee.

IPD ini mempunyai kekuatan anggota Kelantan.

Saya berjumpa dengan seorang AIO yang sudah 25 tahun berkhidmat di situ tapi kecek Kelatenya sangat sangat pekat seperti baru semalam datang ke KL.

Beliau memberitahu lebih separuh anggota IPD Dang Wangi orang Kelantan sebab itu hari-hari beliau macam di Kelantan.


IPD Kuala Pilah

Bangunan lamanya memang antik. Daru Blok Jenayah dibelakang naik keatas melintasi pejabat KPD/OCPD boleh turun ke EO.

Anggota IT nya sangat baik iaiatu Koperal Hadi yang menghadiahkan saya pisau dari China.

Kakak kerani J juga baik dikenali Kak Ina dan lain-lain anggota J juga baik-baik.

Cuma bahagian Nakotik yang terletak di stadium/padang berdekatan agak sombong kerana pegawai muda baru berkelulusan ijazah.

Saya rindukan mereka khususnya Kak Ina, Koperal Hadi dan juga beberapa anggota J.

Balai Polis Dangi

SM Mustamam adalah KPB pada masa itu. Beliau mempunyai 6 anak dan melayan saya dengan baik kerana anak bongsunya berkongsi nama sama dengan saya.

SM Mustamam adalah seorang anggota yang baik. Dengan pangkat KPB beliau tidak sombong dan disukai oleh anak buah tapi tegas.

Saya kasihankan beliau sepertimana anggota lain yang terpaksa membeli thumbdrive sendiri bagi tuntutan tugas.

Saya hadiahkan beliau satu.

Sebenarnya anggota polis banyak mengeluarkan belanja poket demi tugas dan tidak buat tuntutan kerana leceh serta memakan masa.

Malahan, buku aktivit 24 jam juga perlu disertakan sebagai bukti tuntutan.

Balai Polis Kg Esok, Pertang dan Parit ???

BukanParit Raja.

Saya akan update dalam entry seterusnya kerana saya benar-benar lupa.

Ketiga Balai Polis ini mempunyai persamaan iaitu mempunyai kesan peluru pada dinding Balai akibat berbalas tembakan dengan komunis.

IPD Muar - Sekitar 2005

Semasa saya mula sampai disini salah satu bilik dalam bangunan lama IPD Muar baru sahaja terbakar. Peluang menanti pengadu balik untuk masuk kebilik digunakan saya untuk berbual dengan para pejuang Negara di Kaunter EO.

Rata-rata anggota yang saya jumpa amat menyayangi Tan Sri Rahim Noor. Jika menurut cerita, 20 tahun Tun Hanif Omar menjadi IGP meminta kenaikan gaji tapi tidak dibenarkan Tun Dr Mahathir.

Tan Sri Rahim Noor sedar akan ketegasan Mahathir.

Tetapi gaji anggota beliau yang waktu itu paling rendah RM 300++ sahaja untuk Prebet meresahkan beliau.

Tan Sri Rahim Noor akhirnya bertindak bijak dengan mengeluarkan arahan setiap anggota Polis berpangkat Prebet dinaikkan pangkat automatik ke Lans Koperal yang menikmati gaji dan elaun antara RM 500-800.

Inilah sebabnya ramai anggota sayangkan beliau walaupun polis penyokong mata lebam sekalipun.

IPD JB Selatan - December 2005

Saya menggantikan rakan saya Franco untuk menjaga semua Balai Polis dalam Johor.

Setiap tahun Franco akan cuti sebulan kerana balik ke Sabah menyambut Hari Gawai.

Balai Polis JB Selatan adalah Balai Polis paling sibuk pernah saya kunjungi. Walaupun ada sistem nombor giliran ketika itu, ia tetap penuh sesak sepanjang masa.

Telahan saya dikuatkan lagi apabila saya menerima panggilan komputer rosak dari pejabat IO Jenayah IPD JB Selatan. Diatas meja IO JB Selatan, ada jari putus dalam plastik, ada pistol dan fail yang berterabut atas meja.

Saya sudah menjelajah semua IPD dan Balai Polis seluruh KL, Selangor, N9 dan Melaka tidak pernah saya jumpa IPD sesibuk ini.

IP Jenayahnya juga antara yang tertinggi di Malaysia.

Kenali Polis - October 2004 - Balai Polis Jinjang

Salam,

Ini adalah entry pertama saya untuk berkongsi pengalaman dengan pembaca agar kita lebih mengenali polis kita.

Saya mengalukan rakan lain dalam Fujitsu, Sapura, Masterplan, SFI dan pemain terbaru Rania yang begitu gigih menyokong Sistem Laporan Polis dari tahun 2003-2009 malah ada yang hingga kini.

Balai Polis Jinjang adalah Balai Polis pertama saya. Kerosakan ada power supply. Saya sampai Balai dalam jam 10 malam.

Pengalaman pertama tentunya manis dan disini saya belajar DP 5000 Fujitsu memang satu komputer yang kuat. On 24 jam sehari sepanjang tahun.